POLIS menyeru agar waris kepada Allahyarham Muhamad Hamim Bin Abdul Ghani, 73 tahun, tampil kehadapan.

Menurut polis, Allahyarham, seorang bekas penduduk blok 44 Circuit Road telah meninggal dunia pada 21 Mei lalu.

Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian Polis di 1800-255-0000 atau menyerahkan maklumat dalam talian di laman www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.