Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis Johor: Pembekal sayur diculik warga M'sia, bukan S'pura
Feb 8, 2019 | 5:30 AM
Polis Johor: Pembekal sayur diculik warga M'sia, bukan S'pura
PEMBEKAL sayur yang diculik di selatan Johor pada 27 Januari lalu dan dibebaskan lima hari kemudian setelah wang tebusan RM1 juta ($333,012) dibayar ialah warga Malaysia dan bukan Singapura, kata Ketua Polis Johor Mohd Khalil Mohd Kader.
Beliau memberitahu hal tersebut dalam sidang akhbar di ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor semalam.