Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis menyiasat kes kamera tersembunyi dalam tandas NTU

Mar 3, 2018 | 3:24 PM
POLIS SEDANG MENYIASAT: Kamera yang disembunyikan dalam cangkuk plastik di tandas orang kurang upaya di Besmen 1 bangunan yang dikongsi oleh Sekolah Ilmu Kemanusiaan dan Sekolah Sains Sosial NTU.
POLIS SEDANG MENYIASAT: Kamera yang disembunyikan dalam cangkuk plastik di tandas orang kurang upaya di Besmen 1 bangunan yang dikongsi oleh Sekolah Ilmu Kemanusiaan dan Sekolah Sains Sosial NTU. - Foto PEMBACA LIANHE WANBAO

SEBUAH kamera tersembunyi telah ditemui dalam tandas orang kurang upaya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Kamera itu disembunyikan dalam cangkuk plastik yang dipasang di bahagian pintu menghadap jamban, lapor akhbar Lianhe Wanbao.

Menurut akhbar The Straits Times, polis menerima panggilan meminta bantuan berhubung satu kes mencabul kehormatan wanita di Nanyang Drive pada 5.03 petang kelmarin (1 Mac).

Kamera itu dipercayai ditemui seorang wanita yang bekerja sebagai kontraktor khidmat pencetakan.

Meskipun satu kad SD ditemui dalam kamera itu, ia tidak jelas sama ada ia mengandungi video atau gambar.

Jurucakap NTU berkata alat itu telah dibuka dan diambil polis untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, universiti itu juga telah meningkatkan rondaan keselamatan di kawasan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg