Polis pada malam Isnin (4 Mei) memohon orang ramai agar dapat memberi maklumat mengenai keberadaan seorang lelaki berusia 66 tahun bernama Encik Abd Ghafar Yad Ali.
Dalam kenyataannya, polis berkata, Encik Ghafar pada kali terakhir dilihat di kawasan sepanjang Woodlands Avenue 10 pada 1 Mei sekitar 6.10 pagi.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai beliau diharap menghubungi polis di talian 1800-255-0000 atau menghantar maklumat secara dalam talian di laman: www.police.gov.sg/iwitness.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg