Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis perkenal kereta respons pantas baru

Aug 2, 2020 | 7:08 PM
135e0b75-b9e4-4fe0-887f-4d14ef7aaf0f
-

PEGAWAI Pasukan Respons Darat (GRF) yang menaiki kenderaan respons pantas terkini hanya perlu beberapa saat untuk mengenalpasti kenderaan lain yang mencurigakan. Ini kerana kenderaan baru tersebut, sebanyak 300 SUV Hyundai Tucsons, dilengkapi sistem mengenal pasti plat kereta automatik. Beberapa kenderaan ini sudah pun digunakan dan akan menggantikan kesemua kereta polis sedia ada secara perlahan. Sistem tersebut boleh mengenal pasti jenis kenderaan yang ingin dikesan dan memadankan plat nombor kenderaan dengan maklumat dari pangkalan data polis untuk kenderaan yang dicari. Kenderaan-kenderaan ini, yang digunakan pegawai GRF antaranya untuk menyahut panggilan kecemasan, turut mempunyai sistem rakaman yang boleh menyiarkan rakaman video resolusi tinggi secara langsung kepada Pusat Komand Operasi Polis. Satu lagi ciri utama adalah teknologi untuk mengenal pasti frekuensi radio, yang boleh mengesan peralatan seperti perisai rusuhan dan baju kalis peluru dalam kenderaan. Ini bermakna pegawai tidak perlu memeriksa secara manual.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg