Pasukan Polis Singapura (SPF) meminta maklumat mengenai lokasi lelaki berusia 31 tahun yang kali terakhir dilihat di sekitar Yishun Avenue 2 pada 6 Julai.

Muhammad Nash Murat kali terakhir dilihat sekitar 12 tengah hari.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi talian polis di 1800-255-0000 atau memberi maklumat mereka secara dalam talian melalui www.police.gov.sg/iWitness.

Semua maklumat akan dirahsiakan.