Topik diikuti
Pergi ke BHkuPolis rayu maklumat mengenai remaja perempuan 16 tahun hilang lebih sebulan
Polis rayu maklumat mengenai remaja perempuan 16 tahun hilang lebih sebulan
Jun 3, 2026 | 8:03 PM
Polis rayu maklumat mengenai remaja perempuan 16 tahun hilang lebih sebulan
Siti Nurqirin Asyura Izhar Izuddin kali terakhir dilihat di sekitar Blok 10 Woodlands Ring Road pada 5.55 petang, 30 April lalu. - Foto Pasukan Polis Singapura
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang kali terakhir dilihat di Woodlands telah dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu. Polis dalam satu kenyataan pada 3 Jun merayu orang ramai tampil memberikan maklumat mengenai keberadaannya.
Siti Nurqirin Asyura Izhar Izuddin kali terakhir dilihat di sekitar Blok 10 Woodlands Ring Road pada 5.55 petang, 30 April lalu, menurut polis.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja tersebut boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menyalurkan maklumat secara dalam talian menerusi laman web www.police.gov.sg/i-witness.
Semua maklumat akan dirahsiakan.
