Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis sangkal dakwaan guna kekerasan berlebihan terhadap lelaki 18 tahun di Clarke Quay

Feb 6, 2021 | 7:20 PM
Para pegawai dimaklumkan tentang pergaduhan di 30 Merchant Road pada 9.40 malam pada 5 Februari.
Para pegawai dimaklumkan tentang pergaduhan di 30 Merchant Road pada 9.40 malam pada 5 Februari. - GOOGLE MAPS

Polis telah menafikan menggunakan kekerasan yang berlebihan ke atas seorang lelaki berusia 18 tahun setelah muncul video menunjukkan para pegawai menahan dan menghimpitnya di Facebook.

Lelaki itu adalah di antara dua individu berusia 18 tahun yang ditangkap, bersama seorang lelaki 22 tahun lain, yang dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di Clarke Quay pada Jumaat (5 Feb).

Menurut kenyataan polis, ketiga-tiganya sedang bergaduh dengan satu sama lain dan menimbulkan gangguan kepada masyarakat awam berdekatan.

Pihak polis dimaklumkan tentang kejadian di 30, Merchant Road itu pada 9.40 malam pada Jumaat.

Semasa pergaduhan itu, lelaki 18 tahun yang disebutkan dipercayai telah menyondol lelaki 22 tahun tersebut. Beliau dikatakan mengalami kecederaan di muka semasa pergaduhan itu manakala dahinya berdarah.

Polis berkata video yang dipos dalam talian tidak mencerminkan kejadian sepenuhnya.

"Terdapat dakwaan bahawa pegawai menggunakan kekerasan berlebihan ke atas lelaki berusia 18 tahun itu, menyebabkannya berdarah dari kepala.

"Dakwaan ini tidak benar.

"Pegawai telah menilai situasi dan menggunakan kekerasan yang perlu ke atasnya, termasuk penggunaan baton semasa menangkapnya kerana lelaki itu bergelut dengan ganas untuk menahan diri daripada ditangkap."

Lelaki 18 tahun itu juga dibawa ke hospital. Menurut laporan awal hospital, beliau mempunyai kulit melecet di dahinya.

Tiada kecederaan serius lain yang dilaporkan.

Menyangkal tuduhan bahawa para pegawai memukul lelaki itu di muka menggunakan baton, polis menasihatkan orang awam supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak berbukti.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg