Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis sebar keceriaan sempena musim perayaan

Dec 26, 2018 | 5:50 PM
VIDEO UCAPAN: Seramai 60 pegawai polis menjayakan satu video ucapan Krismas yang dimuat naik di laman Facebook mereka.
VIDEO UCAPAN: Seramai 60 pegawai polis menjayakan satu video ucapan Krismas yang dimuat naik di laman Facebook mereka. - Foto FACEBOOK/SPF

SEMPENA perayaan Krismas, pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menghasilkan satu video muzik baru yang dimuat naik ke laman Facebook mereka.

Video dua minit yang memaparkan lagu Krismas seperti 'We Wish You a Merry Christmas' dan 'Auld Lang Syne' itu dimuat naik Isnin lalu, sehari sebelum Krismas.

Sehingga tengah hari tadi (26 Disember), video itu telah disaksikan lebih 201,000 kali dan dikongsi lebih 3,300 kali.

Bulan lalu, polis turut menghasilkan video muzik sempena Deepavali yang memaparkan pegawai polis menyanyi dan menari dengan lagu Tamil.

Awal tahun ini juga, SPF mengeluarkan video serupa sempena Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap polis berkata video itu dihasilkan jabatan ehwal awam SPF sendiri, dengan muziknya disusun dan dirakam oleh Pancaragam SPF.

Usaha menghasilkan konsep video serta menyusun dan merakam muzik itu mengambil masa beberapa minggu sementara rakaman videonya memakan masa sehari, lapor akhbar The Straits Times.

Menurut Pancaragam SPF, video ucapan sempena perayaan adalah satu cara mereka mendekati masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg