Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis sedang menyiasat kes kecurian pakaian dalam wanita di Bukit Batok

Feb 24, 2018 | 4:18 PM
FOTO: FACEBOOK/LI JIANBIN
FOTO: FACEBOOK/LI JIANBIN -

Polis kini sedang menyiasat kes di mana seorang lelaki didakwa mencuri pakaian dalam wanita yang sedang dijemur di luar koridor rumahnya di Bukit Batok.

Menurut laporan The Straits Times, polis diberitahu mengenai kes menyalahgunakan harta benda secara tidak jujur yang berlaku di Blok 106, Bukit Batok Central, pada 5.58 petang Khamis.

Difahami bahawa lelaki itu melarikan diri dengan beberapa coli dan seluar dalam, dan ini bukan kali pertama pemilik flat tersebut membuat laporan polis mengenai kes kecurian seluar dalam.

Video yang dimuatnaikkan pengguna Facebook Li Jianbin semalam menunjukkan seorang lelaki berjalan di koridor di mana jemuran digantung di atas rak.

Lelaki tersebut kemudiannya mengambil beberapa jemuran yang kelihatan seperti baju dalam dari rak tersebut.

Encik Li menulis bahawa kejadian tersebut berlaku di Bukit Batok Central.

Katanya: "Ini merupakan kali kelima perkara ini berlaku di rumah saya. Saya telah melaporkannya kepada pihak polis tetapi lelaki ini masih belum ditangkap.

"Untuk itu, saya ingin meningkatkan kesedaran melalui pos ini. Lelaki ini hanya mengambil pakain dalam wanita yang berenda."

Siasatan polis masih diteruskan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg