Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis serbu 4 premis berkonsep KTV tidak berlesen, 88 disiasat

Aug 12, 2021 | 5:30 AM
SERBU: Pihak polis menyerbu empat premis berkonsep KTV tanpa lesen di Ubi Avenue, Kaki Bukit Road, Lorong 8 Toa Payoh dan Desker Road. Seramai 88 orang disiasat. - Foto SPF
SERBU: Pihak polis menyerbu empat premis berkonsep KTV tanpa lesen di Ubi Avenue, Kaki Bukit Road, Lorong 8 Toa Payoh dan Desker Road. Seramai 88 orang disiasat. - Foto SPF -

POLIS telah menyerbu empat premis berkonsepkan KTV tidak berlesen di Ubi Avenue, Kaki Bukit Road, Lorong 8 Toa Payoh dan Desker Road antara 2 dengan 8 Ogos lalu.

Premis itu antara 92 tempat urut dan 23 cawangan hiburan awam yang disasarkan pihak berkuasa minggu ini.

Seramai 88 orang disiasat, kata polis petang kelmarin.

Pihak penguatkuasa itu masih menyiasat 42 orang yang ditahan di premis tersebut kerana didakwa melanggar Langkah Sementara Peraturan Covid-19 (Perintah Kawalan) 2020.

Empat lelaki dan seorang wanita, berusia antara 18 hingga 31 tahun, juga disiasat atas tuduhan kesalahan di bawah Akta Hiburan Awam dan Akta Kawalan Minuman (Bekalan dan Penggunaan) kerana didakwa mengurus cawangan hiburan awam tanpa lesen.

Sebanyak 24 tempat urut dipercayai melanggar peraturan di bawah Akta Tempat Urut dan Langkah Sementara Peraturan Covid-19 (Perintah Kawalan) 2020.

Polis telah mendapati empat tukang urut dan pelanggan tidak menggunakan pelitup muka di empat premis tersebut.

Kempat premis itu diarah tutup selama 10 hari dan didenda $10,000 setiap satu sementara pelanggan yang didapati melanggar langkah pengurusan selamat masing-masing disaman $300.

Siasatan terhadap 46 orang termasuk pengendali, tukang urut dan pelanggan masih dijalankan.

Di bawah Akta Tempat Urut, sesiapa yang didapati memberikan perkhidmatan urut di kedai urut tanpa lesen yang sah boleh didenda hingga $10,000 atau dipenjara hingga dua tahun atau kededuanya.

Jika tidak mematuhi peraturan pengurusan langkah selamat, pesalah boleh dipenjara hingga enam bulan, didenda hingga $10,000 atau kededuanya.

Sekiranya disabit kerana membekalkan minuman keras dan menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah, pesalah boleh didenda hingga $20,000 untuk setiap kesalahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg