Polis serbu pusat urut di Chinatown, Jalan Besar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis serbu pusat urut di Chinatown, Jalan Besar

Feb 13, 2026 | 6:41 PM

Polis serbu pusat urut di Chinatown, Jalan Besar

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, police, SPF, raid, Chinatown, Jalan Besar, pusat urut, massage parlour, outlet, People’s Park Complex
Seorang pekerja wanita di sebuah pusat urut di People’s Park Complex, ditahan pada 12 Februari kerana disyaki terlibat dalam kegiatan maksiat. - Foto ST

Sebanyak 10 pusat urut di People’s Park Complex, People’s Park Centre dan Syed Alwi Road diserbu polis pada 12 Februari.

Daripada jumlah itu, sembilan tidak berlesen dan lima didapati terlibat dalam kegiatan maksiat.

Menurut polis, tujuh wanita berusia antara 32 dengan 43 tahun sedang disiasat.

Di sebuah unit kedai tidak berlesen di People’s Park Centre, ruang selebar tiga meter dibahagikan kepada tiga iaitu sebuah kaunter kecil di hadapan serta katil urut di ruang tengah dan belakang.

Bahagian belakang diterangi lampu bercorak oriental berwarna merah, manakala tisu basah terpakai serta alat pencegahan kehamilan ditemui di bawah salah sebuah katil.

Seorang wanita yang dipercayai menawarkan khidmat seks ditahan dan merupakan antara tujuh yang disoal siasat.

Polis berkata operasi itu merupakan sebahagian usaha membanteras kegiatan haram di kawasan perumahan utama luar bandar dan menegaskan pemeriksaan penguatkuasaan akan diteruskan.

Superintenden Edwin Yong, Ketua Operasi Divisyen Polis Pusat, berkata serbuan menyasarkan pusat urut di People’s Park Complex dan People’s Park Centre.

“Unit-unit ini dipercayai menawarkan khidmat seks berselindung di sebalik perkhidmatan urut,” katanya.

Serbuan itu dibuat selepas beberapa Anggota Parlimen (AP) membangkitkan kebimbangan mengenai pertambahan pusat urut di kawasan perumahan.

Pada September, AP GRC Tanjong Pagar, Encik Foo Cexiang, berikrar memperbaharui Tanjong Pagar Plaza susulan kebimbangan mengenai kegiatan maksiat di beberapa salon kecantikan dan pusat urut di situ.

Polis menutup sekitar 10 unit urut dan spa di pusat beli-belah itu pada Januari.

Dalam sidang Parlimen Februari, AP GRC Jalan Besar, Cik Denise Phua, turut menggesa semakan peraturan perniagaan urut, sambil menyatakan beberapa penduduk berasa kurang selesa dengan kegiatan mencari langganan di luar beberapa unit perniagaan.

Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling, berkata pihak berkuasa mengamalkan pendekatan pengusiran selepas tiga kesalahan, manakala Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan polis bekerjasama dengan pemilik kedai HDB untuk mengusir hampir 40 pengendali pusat urut pada 2025.

Jumlah lesen pusat urut berkurang daripada 907 pada 2023 kepada 868 pada 2025, manakala kes maksiat di unit berlesen turut merosot.

Pihak berkuasa menyemak Akta Pertubuhan Urut berikutan taktik pengendali menyamar sebagai salon kecantikan atau rambut untuk mengelak lesen polis.

Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Wong Keng Hoe, menggesa orang ramai melaporkan kegiatan mencurigakan, sambil memberi amaran tindakan tegas akan diambil terhadap pesalah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg