Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat 115 berkaitan kes penipuan selepas operasi 5 hari

Aug 25, 2019 | 4:22 PM
Foto THE NEW PAPER
Foto THE NEW PAPER -

POLIS sedang menyiasat 115 orang kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan menyusuli satu operasi lima hari minggu lalu.

Suspek dipercayai terlibat dalam 214 kes penipuan, kebanyakannya dalam bentuk perdagangan di dalam talian atau e-dagang, melibatkan lebih $253,000, menurut polis semalam (24 Ogos).

Seramai 64 lelaki dan 51 wanita yang berusia antara 14 dengan 52 tahun itu sedang disiasat kerana menipu atau pengubahan wang haram.

Operasi itu dijalankan pegawai Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) serta tujuh divisyen darat polis dari 19 hingga 23 Ogos.

Mereka yang didapati bersalah menipu boleh didenda dan dipenjara sehingga 10 tahun.

Sesiapa yang didapati bersalah bagi pengubahan wang haram pula boleh dipenjara sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000, atau kedua-duanya sekali.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg