SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Polis siasat 3 lelaki protes di luar Kedutaan Myanmar di Singapura

Polis siasat 3 lelaki protes di luar Kedutaan Myanmar di Singapura

Feb 16, 2021 | 5:30 AM

Polis siasat 3 lelaki protes di luar Kedutaan Myanmar di Singapura

DISIASAT: Polis awal sebelum ini mengeluarkan amaran agar usah mengadakan tunjuk perasaan di Singapura berhubung pergolakan politik di Myanmar. - Foto BH oleh LIM YAOHUI
DISIASAT: Polis awal sebelum ini mengeluarkan amaran agar usah mengadakan tunjuk perasaan di Singapura berhubung pergolakan politik di Myanmar. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -

TIGA lelaki sedang disiasat kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan haram tanpa permit di luar Kedutaan Myanmar di Singapura, kata polis kelmarin.

Dua antara mereka warga Jepun berusia 48 tahun dan 61 tahun, manakala individu ketiga warga Indonesia berusia 49 tahun.

Polis mendapat maklumat pada 3.45 petang pada 10 Februari lalu membabitkan tiga lelaki yang dipercayai sedang membuat bantahan di luar kedutaan tersebut untuk menunjukkan "sokongan mereka kepada penduduk Myanmar".

Dua sepanduk, tiga telefon bimbit dan sepucuk surat telah dirampas polis.

Polis mengingatkan orang ramai bahawa menganjurkan atau menyertai perhimpunan awam tanpa permit polis di Singapura adalah haram dan boleh disabit kesalahan di bawah Akta Ketenteraman Awam (POA).

Penganjur perhimpunan haram boleh didenda sehingga $5,000 manakala peserta perhimpunan tersebut pula boleh didenda sehingga $3,000.

"Polis tidak akan meluluskan permohonan bagi sebarang permit untuk perhimpunan yang menyokong urusan politik di negara lain," kata polis.

"Warga asing yang tinggal di Singapura atau sedang mengunjungi negara ini perlu mematuhi undang-undang kami," menurut kenyataan itu.

Pada 5 Februari lalu, polis telah memberi amaran terhadap mereka yang ingin merancang protes di Singapura berkaitan isu politik di Myanmar.

Ketika itu, ia berkata: "Polis sedar terhadap pos dalam talian oleh warga Myanmar yang menetap atau bekerja di Singapura, yang sedang merancang protes di Singapura menyusuli kejadian di Myanmar baru-baru ini dan sedang menggalak orang ramai menyertainya."

Tunjuk perasaan di Myanmar berlaku setelah tentera negara itu merampas kuasa dan menahan pemimpin dipilih dan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Cik Aung San Suu Kyi.

Sementara itu, pemerintah Myanmar yang dikuasai tentera telah mempertingkat usaha untuk mengawal protes semalam dengan menyekat perkhidmatan Internet serta mengerahkan pasukan tentera di serata negara.

Ini dilaksanakan selepas pasukan keselamatan melepaskan tembakan mengarah penunjuk perasaan agar beredar dari loji penghasilan kuasa elektrik di kawasan utara Myanmar. Kenderaan berperisai turut dikerah di semua kota besar negara itu kelmarin.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg