Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat 329 suspek penipu, keldai wang dikait dengan kerugian lebih $9.4j

Sep 5, 2023 | 4:02 PM
ELAK SUBAHAT DENGAN JENAYAH: Orang ramai dinasihatkan supaya menolak permintaan menggunakan akaun bank atau telefon bimbit mereka kerana akan dipertanggungjawabkan jika dikaitkan dengan jenayah.
ELAK SUBAHAT DENGAN JENAYAH: Orang ramai dinasihatkan supaya menolak permintaan menggunakan akaun bank atau telefon bimbit mereka kerana akan dipertanggungjawabkan jika dikaitkan dengan jenayah. - Foto fail

Lebih 300 suspek penipu dan keldai wang telah ditangkap dalam operasi dua minggu kerana penglibatan mereka dalam lebih 1,300 kes penipuan yang menyaksikan mangsa dilaporkan kehilangan lebih $9.4 juta.

Polis berkata pada Selasa bahawa 236 lelaki dan 93 wanita, berusia antara 15 dengan 70 tahun, telah ditahan dalam operasi antara 18 dengan 31 Ogos itu.

Mereka yang disyaki kini membantu siasatan polis berhubung penglibatan mereka dalam penipuan seperti yang melibatkan e-dagang, cinta Internet, penyewaan hartanah, pelaburan, pekerjaan dan menyamar sebagai pegawai pemerintah.

Mereka disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.

Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala pengubahan wang haram membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga $500,000, atau kedua-duanya.

Mengendalikan perniagaan untuk menawarkan sebarang jenis perkhidmatan pembayaran tanpa lesen membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $125,000, atau kedua-duanya.

Bagi mengelak daripada bersubahat dengan jenayah, orang ramai dinasihatkan supaya menolak permintaan menggunakan akaun bank atau telefon bimbit mereka kerana mereka akan dipertanggungjawabkan jika ia dikaitkan dengan jenayah, kata polis.

Orang ramai boleh melayari laman web www.scamalert.sg atau menghubungi hotline antipenipuan di 1800-722-6688 untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai penipuan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg