Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat aktivis pamer papan tanda berkait Israel-Hamas di Sudut Pidato

Oct 21, 2023 | 1:57 PM
DALAM SIASATAN: Aktivis Gilbert Goh telah memuat naik gambarnya di Sudut Pidato di Hong Lim Park, memegang papan tanda berkaitan konflik Israel-Hamas.
DALAM SIASATAN: Aktivis Gilbert Goh telah memuat naik gambarnya di Sudut Pidato di Hong Lim Park, memegang papan tanda berkaitan konflik Israel-Hamas. - Foto REDDIT

Polis sedang menyiasat aktivis Gilbert Goh kerana memegang papan tanda berkaitan konflik Israel-Hamas, ketika berdiri di luar Sudut Pidato di Hong Lim Park.

Awal minggu ini, pada Rabu, polis dan Lembaga Taman Negara (NParks) berkata ia akan menolak permohonan untuk mengadakan acara dan perhimpunan awam yang berkaitan dengan konflik Israel-Hamas, kerana kebimbangan keselamatan dan keselamatan awam di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak.

Keesokan harinya, Goh menyiarkan di Instagram gambar hitam putih dirinya di Sudut Pidato, dengan sepanduk tulisan tangan yang menyatakan: “Aman bukan perang. Israel hentikan pembunuhan di Gaza! Hamas lepaskan semua tebusan!”

Versi foto berwarna yang berbeza kemudiannya disiarkan di tempat lain di media sosial, termasuk di platform Reddit serta oleh sumber berita alternatif, Wake Up Singapore.

Dalam kenyataannya pada Sabtu, polis berkata mereka “menyedari siaran media sosial yang menunjukkan seorang lelaki memegang papan tanda berkaitan konflik Israel-Hamas di luar Sudut Pidato, dan siasatan sedang dijalankan”.

Goh tidak dikenal pasti dalam kenyataan itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg