Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat berita palsu tentang kegiatan samseng di Singapura

Aug 24, 2019 | 6:05 PM
BERITA PALSU: Polis menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan maklumat palsu.
BERITA PALSU: Polis menasihatkan orang ramai untuk berhenti menyebarkan maklumat palsu. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

POLIS sedang menyiasat mesej dan video yang tersebar berhubung dakwaan pergaduhan dan kegiatan antara beberapa kumpulan samseng di pelbagai kawasan di Singapura, katanya menerusi satu kenyataan hari ini (24 Ogos).

Mesej dan video it antara lain menasihatkan orang awam untuk mengelak kawasan tertentu jika mereka ingin selamat.

Antara mesej yang disiasat tersebut mendakwa anggota kumpulan samseng akan memukul orang ramai yang enggan menyertai kumpulan mereka.

Polis berkata tiada kejadian yang didakwa itu telah berlaku.

Tambahnya, maklumat yang disebarkan menerusi mesej dan video itu adalah palsu.

Polis berkata mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menghasilkan dan menyebarkan maklumat palsu seperti itu, yang boleh membuat orang ramai rasa cemas dan takut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg