Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat laman sosio-politik The Online Citizen berhubung kesalahan jenayah memfitnah

Nov 21, 2018 | 2:30 PM
Komputer di rumah Encik Terry Xu, Ketua Editor The Online Citizen dirampas polis.
Komputer di rumah Encik Terry Xu, Ketua Editor The Online Citizen dirampas polis. - FAIL ST

Polis sedang menyiasat laman sosio-politik The Online Citizen (TOC) dan salah seorang penulisnya kerana disyaki melakukan kesalahan jenayah memfitnah, berhubung artikelnya baru-baru yang memuatkan komen oleh Anggota Parlimen Encik Seah Kian Peng.

Jurucakap Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA), badan berkanun di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan, memberitahu The Straits Times bahawa ia telah membuat laporan polis.

"IMDA telah membuat laporan polis kerana artikel The Online Citizen "The take away from Seah Kian Ping's Facebook post' mengajukan dakwaan serius yang mengurangkan keyakinan awam tentang integriti pemerintah," kata jurucakap itu.

Menjawab pertanyaan media, jurucakap polis berkata pada Selasa (20 November) bahawa satu laporan telah dibuat ke atas TOC dan penulis artikel "The take away from Seah Kian Ping's Facebook post".

Artikel itu, yang menggunakan tajuk yang mengejak nama Encik Seah dengan salah, diterbitkan pada 4 September, dan penulisnya diberi nama Wily Sum.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg