Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat pelajar NTU kerana beri maklumat palsu

Dec 15, 2019 | 2:11 PM
DISIASAT POLIS: Siasatan polis menunjukkan bahawa seorang pelajar NTU telah memberi maklumat palsu dan serangan yang didakwanya itu sebenarnya tidak berlaku.
DISIASAT POLIS: Siasatan polis menunjukkan bahawa seorang pelajar NTU telah memberi maklumat palsu dan serangan yang didakwanya itu sebenarnya tidak berlaku. - Foto KELLY HUI, NTU.SU/INSTAGRAM

SEORANG pelajar Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berusia 19 tahun sedang disiasat kerana memberi polis maklumat palsu.

Ini selepas polis dimaklumkan tentang satu kejadian serangan di kampus NTU.

Menerusi satu kenyataan hari ini (15 Disember), polis berkata siasatan mereka mendedahkan bahawa pelajar itu telah memberi maklumat palsu kepada polis dan serangan itu tidak berlaku.

"Polis ingin menggesa orang awam untuk tidak memberi komen atau spekulasi tentang kes itu untuk mengelak daripada menimbulkan rasa cemas yang tidak diperlukan," kata polis.

Jurucakap NTU berkata universiti itu juga sedang membantu polis dengan siasatan, lapor akhbar The Straits Times.

"Polis berada di kampus NTU malam tadi menyusuli dakwaan berlakunya serangan ke atas seorang pelajar wanita NTU di kampus.

"Kami ingin meyakinkan masyarakat NTU bahawa mereka tidak perlu bimbang tentang keselamatan mereka di kampus.

"Pihak universiti sedang berusaha mendekati pelajar yang terjejas untuk memberi mereka jagaan dan sokongan yang diperlukan daripada pasukan penjagaan pastoral universiti," ujarnya.

Sebelum ini, kesatuan pelajar NTU telah menggesa pelajar di kampus untuk tidak keluar dari kamar mereka selepas terdapat dakwaan kes serangan di kampus itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg