Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis siasat pelanggaran data syarikat perabot Vhive

Apr 4, 2021 | 5:30 AM
743458cd-05de-4a78-862f-23f16acb5150
-

POLIS sedang menyiasat satu pelanggaran data di syarikat peruncit perabot setempat, Vhive, yang menyebabkan maklumat peribadi pelanggan terbocor seperti nombor telefon dan alamat.

Dalam satu pos Facebook pada 29 Mac, Vhive berkata bahawa sistem pelayannya telah dicerobohi pada 23 Mac dan ia sedang bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa relevan lain serta penyiasat forensik teknologi maklumat untuk menyiasat kejadian itu.

Antara maklumat yang terjejas dalam pencerobohan itu adalah nama pelanggan, alamat e-mel dan fizikal serta nombor telefon.

Tetapi, ini tidak termasuk nombor pengenalan atau maklumat kewangan, kata syarikat tersebut.

"Semua rekod kewangan berkaitan dengan pembelian di Vhive disimpan dalam sistem berasingan yang tidak dicerobohi.

"Kami mohon maaf di atas kejadian ini dan bersedia membantu anda jika memerlukan bantuan segera," ujar Vhive kepada pelanggannya.

Pemeriksaan pada tengah hari semalam menunjukkan bahawa sistem pelayan e-mel Vhive masih lagi terjejas, ujar laporan The Straits Times (ST).

Laman webnya hanya menunjukkan satu maklumat mengenai serangan siber, manakala kedainya di wadah beli-belah dalam talian Lazada dan Shopee aktif.

Kumpulan penggodam, Altdos, yang beroperasi di Asia Tenggara, mengaku bertanggungjawab atas pelanggaran data itu.

Dalam satu e-mel semalam kepada pelanggan terjejas, Altdos berkata ia dapat mencerobohi Vhive sebanyak tiga kali dalam masa sembilan hari dan mendakwa mencuri maklumat berkaitan dengan 300,000 pelanggan serta hampir 600,000 rekod urus niaga.

Kumpulan itu berkata ia akan membocorkan 20,000 rekod pelanggan setiap hari sehingga tuntutan dibuatnya dipenuhi oleh pihak pengurusan Vhive.

COVID-19 DI SG 3 APRIL

Baru: 18

Dalam masyarakat: 1

Import: 17

Di dormitori: 0

Kematian: 30

Keseluruhan: 60,468

(Hingga 12 tengah hari semalam)

Laporan terkini kes Covid-19 tempatan di www.bh.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg