Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Singapura sangkal dakwaan nelayan Malaysia terhadap Polis Pengawal Pantai

Oct 25, 2022 | 9:15 PM
650bbfd5-f784-450d-82e0-9808576ba9d8
- TANGKAP LAYAR MEDIA SOSIAL

Pasukan Polis Singapura (SPF) telah menyangkal dakwaan yang tersebar dalam talian berkaitan nelayan Malaysia dihalau pegawai Polis Pengawal Pantai (PCG) kerana menangkap ikan di perairan wilayah Malaysia. SPF menyatakan pada Selasa (25 Okt) bahawa dakwaan itu adalah tidak benar kerana insiden itu berlaku di perairan wilayah Singapura berdekatan Lim Chu Kang. Dua video berkaitan satu perbalahan lisan antara nelayan dengan pegawai PCG telah tersebar dalam talian mengenai kejadian yang berlaku pada 23 Oktober. Dalam video itu, nelayan itu dilihat menaiki beberapa bot bermotor mengelilingi sebuah kapal peronda PCG sedang mereka bertengkar dengan pegawai PCG. Nelayan itu mendakwa kepada media Malaysia bahawa pegawai PCG telah mendera mereka secara lisan dan menghalau kumpulan 10 nelayan itu dari perairan sekitar Pasir Laba, berhampiran jambatan Linkedua. Media Malaysia sebelum ini melaporkan nelayan negara itu berada di sana untuk menangkap udang, dan pegawai PCG didakwa menggunakan bahasa kasar terhadap mereka. Dalam kenyataannya, SPF berkata pada 23 Oktober lalu, kira-kira 4 petang, pegawai PCG sedang meronda di perairan wilayah Singapura apabila mereka ternampak sekumpulan kapal nelayan Malaysia masuk dan keluar dari kawasan tembakan peluru hidup di Lim Chu Kang. Memandangkan kapal tidak dibenarkan memasuki kawasan tembakan itu, pegawai PCG mendekati kapal nelayan Malaysia dan menggunakan sistem suara di bot PCG untuk menasihati mereka supaya meninggalkan kawasan itu demi keselamatan mereka sendiri. SPF berkata kira-kira 5.30 petang, beberapa kapal nelayan Malaysia menghampiri pegawai PCG, dan anak kapal mereka, sambil melahirkan rasa tidak puas hati apabila diminta meninggalkan kawasan itu. SPF berkata: "Pegawai kami menjelaskan bahawa kapal yang tidak dibenarkan dilarang memasuki kawasan itu, dan meminta mereka keluar demi keselamatan mereka sendiri. "Selepas berbalas lisan, kapal nelayan Malaysia itu kembali ke perairan Malaysia kira-kira 5.37 petang. Kejadian ini juga berlaku sepenuhnya di perairan wilayah Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg