Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis tahan lebih ramai individu disyaki anggota kumpulan haram

Jan 6, 2021 | 5:30 AM
DISYAKI ANGGOTA KUMPULAN HARAM: Dalam operasi dua minggu di seluruh negara mulai 21 Disember lalu, polis menahan suspek berusia antara 16 dengan 65 tahun. - Foto SPF
DISYAKI ANGGOTA KUMPULAN HARAM: Dalam operasi dua minggu di seluruh negara mulai 21 Disember lalu, polis menahan suspek berusia antara 16 dengan 65 tahun. - Foto SPF -

LEBIH ramai orang yang disyaki terlibat dalam kumpulan haram telah ditahan polis, dengan 52 lelaki ditahan antara 30 Disember dengan 4 Januari, menurut polis semalam.

Suspek, berusia antara 16 tahun dengan 65 tahun, ditangkap dalam misi yang merupakan sebahagian daripada operasi dua minggu di seluruh negara mulai 21 Disember lalu.

Ini menjadikan keseluruhan jumlah mereka yang diberkas sejauh ini seramai 151 orang.

Pada 30 Disember lalu, polis telah mengumumkan penangkapan 75 suspek dan 24 lagi ditahan pada 21 Disember.

Sebagai sebahagian daripada operasi, pemeriksaan proaktif dilakukan di pelbagai tempat yang disyaki sering dikunjungi anggota kumpulan yang disyaki, termasuk gerai makanan dan minuman serta pusat membeli-belah.

Polis berkata mereka akan terus memantau keadaan dan menjalankan operasi penguatkuasaan yang disasarkan bagi mengekang kegiatan-kegiatan kumpulan haram yang mengancam keselamatan orang ramai.

Polis menambah bahawa pihaknya tidak memandang ringan terhadap kegiatan kongsi gelap dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan geng kumpulan haram.

"Orang ramai dinasihatkan agar menghindari kegiatan kongsi gelap dan segera melaporkan mereka yang melakukan kegiatan tersebut kepada polis," kata polis.

Sesiapa yang didapati bersalah menganggotai kongsi gelap boleh didenda hingga $5,000, dipenjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg