Polis, pada dinihari Sabtu (16 Mei), telah menangkap seorang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun berhubung pembunuhan lelaki berusia 38 tahun di Punggol Field Road kurang seminggu lalu.
Dalam kenyataannya, polis berkata lelaki itu akan dihadapkan ke mahkamah pada 17 Mei atas tuduhan membunuh. Ia juga akan akan bekerjasama dengan pendakwaraya untuk memohon perintah mahkamah supaya lelaki itu untuk menjalani penilaian psikiatri.
"Polis telah mengenal pasti dan menangkap lelaki itu pada 2.45 pagi, 16 Mei, menyusuli siasatan tanpa henti, siasatan dalam masyarakat dan melakukan reviu rakaman CCTV," kata polis dalam kenyataannya.
"Siasatan awal menunjukkan lelaki berusia 20 tahu nitu tidak mengenali mangsa dan dipercayai bertindak sendirian. Siasatan sedang diteruskan."
Jika sabit kesalahan, lelaki berusia 20 tahun itu boleh dikenakan hukuman mati.
Dalam kenyataannya awal bulan ini, polis berkata seorang lelaki berusia 38 tahun telah meninggal dunia selepas ditemui cedera akibat beberapa tikaman di Punggol Field.
*Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg