SEORANG wanita 42 tahun ditangkap semalam (24 April) kerana mengganggu ketenteraman awam, setelah meludah di sebuah restoran KFC di pusat beli-belah Nex pada Rabu lalu (22 April).
Siasatan menunjukkan wanita itu bertengkar dengan seorang kakitangan KFC apabila dia diminta menunggu untuk pesanannya, menurut satu kenyataan polis pada Sabtu (25 April).
Wanita itu tidak berpuas hati, lalu menengking dan meludah ke kakitangan tersebut.
"Apabila polis tiba, wanita itu sudah pun meninggalkan cawangan KFC berkenaan.
"Menerusi siasatan susulan, pegawai Divisyen Ang Mo Kio mengenal pasti wanita itu dan menangkapnya pada 24 April 2020," menurut kenyataan polis itu.
Polis juga sedang menyiasat kemungkinan wanita itu melanggar langkah pemutus litar Covid-19.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg