Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis terima 1,000 laporan kes penipuan samar diri di media sosial libatkan $2.2j

Aug 4, 2020 | 5:26 PM
PENIPUAN DALAM TALIAN: Penipu sering menggunakan akaun media sosial yang mudah terdedah atau palsu untuk menyamar sebagai rakan atau pengikut mangsa di Facebook atau Instagram.
PENIPUAN DALAM TALIAN: Penipu sering menggunakan akaun media sosial yang mudah terdedah atau palsu untuk menyamar sebagai rakan atau pengikut mangsa di Facebook atau Instagram. - - Foto SHINTARO TAY

POLIS telah menerima sekurang-kurangnya 1,000 laporan kes penipuan menyamar diri dalam media sosial dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini. Penipuan tersebut melibatkan wang sekurang-kurangnya $2.2 juta dengan kebanyakan mangsa ditipu untuk mendedahkan maklumat kad kredit dan Kata Laluan Sekali (OTP) kepada penipu. Dalam kenyataannya pada Selasa (4 Ogos), polis berkata penipu sering menggunakan akaun media sosial yang mudah terdedah atau palsu untuk menyamar sebagai rakan atau pengikut mangsa di Facebook atau Instagram. Mereka biasanya meminta maklumat peribadi mangsa seperti nombor telefon bimbit, perincian akaun perbankan Internet, dan OTP dengan alasan untuk membantu mereka mendaftar bagi peraduan atau promosi palsu di Lazada atau Shopee. Mangsa kemudian akan mengetahui transaksi penipuan tanpa izin telah dilakukan dari akaun bank dan dompet mudah alih mereka tanpa persetujuan mereka. Transaksi penipuan tersebut sering berlaku di platform dalam talian yang menjual kredit permainan yang dapat digunakan bagi pelbagai permainan dalam talian. Justeru polis menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan seperti berikut: - Berhati-hati dengan permintaan atau tawaran yang tidak dijangka dari kenalan media sosial, terutama yang berkaitan dengan cabutan bertuah atau pertandingan; - Mengesahkan sama ada akaun tersebut sah dengan menghubungi keluarga dan rakan di luar talian; dan - Jangan sekali-kali memberikan butiran akaun peribadi atau bank dan OTP kepada sesiapa sahaja termasuk keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, orang ramai boleh melayari laman web www.scamalert.sg atau menghubungi Talian Hotline Anti-Penipuan di 1800-722-6688. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penipuan tersebut pula boleh menghubungi talian hotline polis di 1800-255-0000 atau menghantar maklumat dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg