Premium
Polis: Tiada cubaan penculikan pelajar antarabangsa
Jan 19, 2018 | 5:30 AM

KAWALAN LEBIH KETAT: Dulwich College antara kolej swasta yang mempertingkat pemeriksaan keselamatan bagi kenderaan yang memasuki pekarangan sekolah mereka semalam. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -
POLIS mengesahkan hasil siasatan mereka mendapati dua kes di dua sekolah antarabangsa bukan kes percubaan penculikan.
"Polis telah menyiasat secara menyeluruh kes-kes yang dilaporkan pada 11 dan 16 Januari 2018 yang melaporkan bahawa para pelajar daripada United World College Asia Tenggara dan Tanglin Trust School menghadapi risiko diculik berdekatan sekolah-sekolah mereka. Polis menyatakan bahawa dua laporan yang tiada berkaitan itu bukan kes percubaan penculikan,'' ujar kenyataan polis semalam.

