Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Politeknik S’pura meterai kerjasama dengan 17 institut pengajian tinggi Indonesia

Oct 18, 2024 | 5:01 PM
Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan (tengah, sut biru) di majlis pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara Politeknik Singapura dan 17 Institut Pengajian Tinggi (IHL) Indonesia pada 17 Oktober di Pusat Konvensyen SP.
Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan (tengah, sut biru) di majlis pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara Politeknik Singapura dan 17 Institut Pengajian Tinggi (IHL) Indonesia pada 17 Oktober di Pusat Konvensyen SP. - Foto SP

Politeknik Singapura (SP) menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan 17 institut pengajian tinggi (IHL) Indonesia bagi memudahkan pertukaran pengetahuan, kemahiran dan teknologi antara Singapura dan Indonesia.

Melalui inisiatif seperti latihan amali ke luar negara dan lawatan industri, pelajar akan memperoleh pengalaman yang tidak ternilai dalam sektor pembuatan dan kejuruteraan, menurut SP dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 17 Oktober.

Ia juga dapat meningkatkan kecekapan teknikal mereka sambil meluaskan pemahaman budaya dan pandangan global mereka, tambah SP.

MoC itu dimeterai semasa satu acara gabungan terdiri daripada Sidang Rangkaian Industri Serantau (Rinc) SP 2024 dan pameran aplikasi dan teknologi Automation SolutionGO! oleh AutomationSG pada 17 Oktober di Pusat Konvensyen SP.

Acara itu dirasmikan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.

AutomationSG (dahulunya Persatuan Automasi Perusahaan Singapura, SIAA) ialah persatuan profesional untuk syarikat dan karyawan sektor automasi, Internet-of-Things (IoT) dan robotik.

SP mengatakan inisiatif itu sejajar dengan strategi ‘70-70’ Kementerian Pendidikan (MOE) yang bertujuan memastikan 70 peratus pelajar IHL tempatan mendapat pendedahan di luar negara, dengan 70 peratus daripada mereka mendapat pendedahan kepada Asean, China dan India.

“Sepanjang tiga tahun akademik akan datang, perkongsian ini dijangka memberi manfaat kepada 200 pelajar Latihan Prapekerjaan (PET) SP, yang akan membantu mencapai azam Singapura menjadi pemimpin dalam Industri 4.0 dan menjadi Negara Bijak,” tambah SP.

Dalam pada itu, kerjasama berterusan antara SP dan AutomationSG memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan pelajar dalam perkilangan lanjutan, sambil mempromosikan inovasi dalam industri.

SP telah memeterai MOU selanjutnya dengan AutomationSG, Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk membangunkan industri secara kolaboratif, meningkatkan produktiviti dan tenaga kerja melalui Program Sokongan Penempatan, termasuk Program Penukaran Kerjaya.

Ia juga melancarkan daya usaha Perjalanan Pembelajaran Mampan (Sus LJ) yang direka untuk membantu syarikat dalam menerajui transformasi kemampanan mereka.

17 IHL Indonesia yang terlibat dalam MoC ini adalah Universiti Balikpapan, Politeknik Negeri Batam, Politeknik Negeri Bandung, Politeknik Negeri Manado, Politeknik Negeri Banyuwangi, Politeknik Negeri Madiun, Politeknik Negeri Jakarta, Politeknik Pertanian Negeri Samarinda, Politeknik Transportasi Darat Indonesia-STTD, Politeknik ATI Makassar, Politeknik APP Jakarta, Politeknik Industri Petrokimia Banten, Akademi Komunitas Industri Manufaktur Bantaeng, Politeknik Negeri Malang, Politeknik Negeri Balikpapan, Politeknik Jambi, dan Akademi Komunitas Negeri Putra Sang Fajar Blitar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg