Premium
Politeknik Temasek juara peraduan kempen Bebas Merokok
Jan 23, 2017 | 5:30 AM
PEMENANG ANUGERAH ULUNG: Dr Intan Azura (kanan) dan Encik Albert Ching (kiri) bersama peserta Politeknik Temasek yang menjadi juara kempen Bebas Merokok antara politeknik di sini. Pasukan pemenang itu menerima hadiah baucar beli-belah bernilai $1,000. - Foto JOHARI RAHMAT -
BUAT julung-julung kalinya, satu pertandingan Kempen Bebas Merokok antara politeknik setempat diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat kelmarin.
Dianjurkan oleh Persatuan Barah Singapura (SCS), pertandingan itu bertujuan mendidik belia tentang bahaya merokok pada usia awal dengan harapan ia dapat mengurangkan peluang serta menghindari mereka daripada merokok.

