Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan GE2025

May 26, 2025 | 6:20 PM
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertemu di Sidang Puncak Asean Ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Malaysia pada 26 Mei.
Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertemu di Sidang Puncak Asean Ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Malaysia pada 26 Mei. - Foto MDDI

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, atas kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025 yang baru saja berlalu.

Beliau berkata demikian semasa ucapannya di sesi pleno Sidang Puncak Asean Ke-46 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Malaysia pada 26 Mei.

Dipengerusikan Malaysia pada 2025, sidang puncak itu bertemakan ‘Keterangkuman dan Kemampanan’ dan mengetengahkan agenda memandang ke hadapan dan keutamaan Asean dalam membina sebuah rantau yang bersatu padu dan berdaya tahan di tengah-tengah cabaran geopolitik dan ekonomi.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Lawrence Wong atas kemenangan yang meyakinkan di Singapura,” kata Datuk Anwar.

Di akhir Hari Mengundi dalam GE2025 pada 3 Mei, PAP meraih undi popular 65.57 peratus, lebih tinggi berbanding mandat 61.24 peratus yang diterima parti pemerintah itu pada GE2020.

Encik Wong, dalam ucapannya di sesi pleno itu, pula mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan mereka berhubung keputusan pilihan raya itu.

“Saya amat berterima kasih kepada rakyat Singapura atas keyakinan dan kepercayaan mereka kepada saya dan pasukan saya, itulah sebab mengapa saya dapat menyertai anda di sini hari ini,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg