Chee Hong Tat ketuai PAP hadapi SPP bagi GRC Bishan-Toa Payoh
Chee Hong Tat ketuai PAP hadapi SPP bagi GRC Bishan-Toa Payoh
Chee Hong Tat ketuai PAP hadapi SPP bagi GRC Bishan-Toa Payoh
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Menteri Pengangkutan Encik Chee Hong Tat akan bertanding di Bishan-Toa Payoh GRC dan akan menentang pasukan Parti Rakyat Singapura (SPP), yang diketuai Encik Steve Chia.
Selain daripada Encik Chee, pasukan itu akan terdiri daripada Encik Saktiandi Supaat. Kedua-dua calon PAP itu bertanding di kawasan itu dalam dua pilihan raya lalu.
Ia juga termasuk orang baru politik Cik Elysa Chen dan Encik Cai Yinzhou.
Pasukan PAP, dijangka akan menentang Parti Rakyat Singapura (SPP) di Bishan-Toa Payoh, akan tanpa Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, yang berundur selepas bertanding dalam GRC Bishan-Toa Payoh dalam lima pilihan raya lalu.
Bagi SPP pula selain Encik Chia, pasukan itu juga akan disertai sama Encik Melvyn Chiu, Encik Muhammad Norhakim dan Encik Lim Rui Xian.

