Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GE2025: Chan Chun Sing ketuai PAP bagi GRC Tanjong Pagar, hadapi saingan PAR

Apr 23, 2025 | 3:43 PM
Pasukan PAP yang akan bertanding di GRC Tanjong Pagar terdiri daripada (dari kiri) Encik Foo Cexiang, Cik Joan Pereira, Encik Chan Chun Sing, Cik rachel Ong dan Encik Alvin Tan. 
Pasukan PAP yang akan bertanding di GRC Tanjong Pagar terdiri daripada (dari kiri) Encik Foo Cexiang, Cik Joan Pereira, Encik Chan Chun Sing, Cik rachel Ong dan Encik Alvin Tan.  - Foto ZB

Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) hanya mendedahkan pasukannya yang akan bertanding di GRC Tanjong Pagar sehingga saat akhir –sekitar setengah jam sebelum penamaan calon ditutup pada tengah hari 23 April.

Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing, 55 tahun akan mengetuai kawasan perwakilan kumpulan itu, dengan membawa masuk seorang muka baru, Encik Foo Cexiang, 40 tahun.

Encik Foo, yang merupakan mantan pengarah di Kementerian Pengangkutan (MOT), membuat penampilan pertamanya dalam Pilihan Raya Umum kali ini yang akan berlangsung pada 3 Mei.

Anggota lain pasukan itu ialah penyandang Cik Joan Pereira, 58 tahun, dan Encik Alvin Tan, 45 tahun, yang merupakan Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia.

Melengkapkan pasukan lima anggota itu ialah Cik Rachel Ong, 53 tahun yang dahulunya pernah mewakili PAP du bawah GRC West Coast.

PAP menghadapi tentangan daripada pasukan Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR), yang terdiri daripada Encik Prabu Ramachandran, seorang jurubank komersial berusia 36 tahun; Encik Nadarajan Selvamani, seorang pengarah sekolah swasta berusia 59 tahun; Encik Rickson Giauw, 67 tahun yang merupakan penasihat dan pegawai keselamatan; Cik Han Hui Hui, yang merupakan seorang felow hak asasi kemanusiaan berusia 34 tahun di sebuah universiti asing; dan Encik Soh Lian Chye, 60 tahun, yang merupakan penolong kanan logistik.

Pasukan PAR terdiri daripada tiga parti Suara Rakyat (PV), Parti Pembaharuan (RP) dan Parti Progresif Demokratik (DPP).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg