Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GRC Marine Parade-Braddell Heights: PAP menang tanpa bertanding

Apr 23, 2025 | 12:03 PM
GRC Marine Parade-Braddell Heights, menang tanpa bertanding
Pasukan PAP di GRC Marine Parade-Braddell Heights menang tanpa bertanding. - Foto fail

Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tanpa bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights.

Pasukan PAP di sana juga telah berubah wajah pada saat terakhir, dengan ketua pasukan, Dr Tan See Leng berpindah ke GRC Choa Chu Kang.

Pasukan itu kini dijangka diketuai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan dianggotai Encik Seah Kian Peng; Cik Tin Pei Ling, muka baru, Cik Diana Pang dan Encik Goh Pei Ming.

Perkembangan di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Kong Hwa itu menjolok mata, kerana sebahagian besar pemerhati politik berkata GRC Marine Parade-Braddell Heights akan menyaksikan persaingan sengit pada GE2025.

Cik Pang, 51 tahun, mengganti Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang tidak akan bertanding di GRC tersebut pada GE2025.

PAP telah menguasai GRC Marine Parade selama 37 tahun - sejak 1988 - apabila sistem GRC dibentuk.

Pada GE2020 yang diadakan di tengah-tengah pandemik, PAP meraih 57.74 peratus undi di GRC Marine Parade berbanding WP yang meraih 42.26 peratus, lebih rendah peratusannya berbanding GE2015.

Seramai 131,493 pengundi bakal keluar mengundi pada Hari Mengundi pada 3 Mei di GRC Marine Parade-Braddell Heights, turun berbanding 139,738 pada 2020.

Hari Bertenang ditetapkan pada 2 Mei bagi memberi ruang kepada warga Singapura membuat keputusan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg