GRC Marsiling-Yew Tee: Kiraan sampel PAP 74%; SDP 26%
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berjaya mempertahankan GRC Marsiling-Yew Tee, menurut kiraan sampel pada 3 Mei oleh Pejabat Pilihan Raya (ELD).
Ia meraih 74 peratus undi dalam persaingan dengan pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP) di sana.
Encik Wong memimpin pasukan yang merangkumi Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West, Encik Alex Yam; dan Cik Hany Soh. yang bertanding di kawasan undi empat-anggota itu.
PAP berdepan dengan pasukan SDP yang dianggotai pengasas laman web berita alternatif Wake Up Singapore (WUSG), Encik Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar; setiausaha penganjur SDP, Encik Jufri Salim; mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gulf Oil China, Cik Gigene Wong; dan pengarah teater, Encik Alec Tok.

