Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

GRC West Coast-Jurong West: Kiraan sampel PAP 61%; WP 39%

May 3, 2025 | 10:24 PM
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC West Coast-Jurong West
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC West Coast-Jurong West - Foto fail

Parti Tindakan Rakyat (PAP) berjaya mempertahankan GRC West Coast-Jurong West menurut kiraan sampel yang diumumkan oleh Pejabat Pilihan Raya (ELD) pada 3 Mei.

Pasukan PAP, yang diketuai Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee meraih sebanyak 61 peratus undi, berlawan pasukan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang meraih sebanyak 39 peratus.

Selain Encik Lee, pasukan PAP merangkumi Setiausaha Parlimen Kanan (Kewangan merangkap Pendidikan), Encik Shawn Huang; Encik Ang Wei Neng; Cik Cassandra Lee; dan Dr Hamid Razak.

Pasukan PSP terdiri daripada pengerusi PSP, Dr Tan Cheng Bock; setiausaha agung parti, Encik Leong Mun Wai, naib pengerusi pertama parti, Cik Hazel Poa; dan dua muka baru iaitu peguam, Encik Sani Ismail; dan ketua perniagaan, Encik Sumarleki Amjah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg