Maliki bersara dari politik
Apr 21, 2025 | 1:21 PM
Dr Maliki Osman (tiga dari kiri) mengumumkan hasrat beliau bersara dari politik. - Foto ST
Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, yang telah berkhidmat lima penggal sejak 2001 akan bersara dari politik.
Dr Maliki, 59 tahun, sebelum ini , memperkenalkan muka baru Parti Tindakan Rakyat (PAP) Cik Hazlina Abdul Halim di GRC East Coast.
“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Negara Kanan, Encik Lee Hsien Loong, kerana memberikan saya kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penjawat politik sejak 2004, dan selain penghormatan berkkhidmat di pelbagai kementerian,” kata beliau di Facebook pada 21 April.

