Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saingan empat penjuru di Tampines, PAP dicabar WP, NSP, PPP

Apr 23, 2025 | 1:18 PM
calon PAP, WP, NSP, PPP, GRC Tampines
GRC Tampines akan ditandingi PAP, WP, NSP dan PPP - Foto ST

Tiga parti pembangkang akan mencabar pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di GRC Tampines pada Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).

Buat pertama kali, GRC Tampines, yang terdiri daripada 147,900 pengundi akan menyaksikan persaingan berbilang penjuru dengan kehadiran Parti Perpaduan Nasional (NSP), Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Pekerja (WP).

Selain Encik Masagos, pasukan PAP dianggotai oleh Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Dr Koh Poh Koon; Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng; serta dua muka baru, Encik David Neo dan Dr Charlene Chen.

Encik Faisal Manap yang sebelum ini merupakan AP GRC Aljunied, dijangka memimpin pasukan WP di GRC Tampines.

Bersama beliau ialah Encik Jimmy Tan, 53 tahun, yang bekerja sendiri; mantan diplomat, Cik Eileen Chong, 33 tahun, usahawan, Encik Michael Thng, 37 tahun dan pakar psikologi, Cik Ong Lue Ping, 48 tahun.

NSP, yang telah bertanding di GRC Tampines sejak tiga pilihan raya umum lalu menamakan sebagai calon, presiden parti Encik Reno Fong, 56 tahun, naib presiden Encik Mohd Ridzwan Mohammad, 63 tahun, penolong setiausaha agung, Encik Eugene Yeo, 49 tahun, perancang kewangan, Encik Zee Phay, 32 tahubn dan Encik Thamilselvan Karuppaya, 57 tahun yang bekerja sendiri.

Setiausaha Agung PPP, Encik Goh Meng Seng akan bertanding di GRC Tampines.

Beliau memimpin pasukan yang terdiri daripada pengerusi parti, Encik Derrick Sim, 44 tahun; eksekutif landskap, Encik Vere Nathan, 26 tahun; pengasas firma teknologi hijau, Encik Peter Soh, 65 tahun dan usahawan Encik Arbaah Haroun, 65 tahun

Sejak sistem GRC diperkenalkan di Singapura pada 1998, GRC Tampines merupakan kawasan yang dikendali PAP.

Sewaktu GE2020, pasukan PAP memenangi 66.41 peratus, menewaskan NSP yang meraih 33.59 peratus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg