Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Setiausaha agung SDP Chee Soon Juan tanding di SMC Sembawang West, saing Poh Li San

Apr 23, 2025 | 12:21 PM
Poh Li San, calon PAP, Sembawang West
Calon PAP di SMC Sembawang West, Cik Poh Li San. - Foto ST

Setiausaha Agung Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan, akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2025, untuk kawasan undi di SMC Sembawang West.

Beliau akan berhadapan dengan penyandang kerusi Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Poh Li San, yang juga Anggota Parlimen Sembawang GRC, bagi kawasan Sembawang West.

Sembawang West adalah salah satu daripada enam kerusi tunggal baru untuk GE2025.

Cik Poh adalah sebahagian daripada pasukan lima anggota, diketuai oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Encik Ong Ye Kung, yang memperolehi 67.29 peratus undi di GRC Sembawang menentang Parti Perpaduan Nasional (NSP) pada GE2020.

SMC Sembawang West baru mempunyai kira-kira 24,000 pengundi yang kesemuanya tinggal di flat HDB.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg