Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tan See Leng kini pimpin pasukan PAP di GRC Chua Chu Kang, hadapi PSP

Apr 23, 2025 | 3:16 PM
tan see leng, zhulkarnain abdul rahim, choo pei ling
Pasukan PAP yang bertanding di GRC Chua Chu Kang terdiri daripada (dari kiri) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, Dr Tan See Leng, Encik Jeffrey Siow dan Cik Choo Pei Ling. - Foto ZAOBAO

Dalam satu langkah mengejut, Menteri Tenaga Manusia Encik Tan See Leng telah berpindah dari GRC Marine Parade-Braddell Heights untuk menerajui pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Chua Chu Kang.

Dr Tan, 60 tahun, menggantikan Timbalan Perdana Menteri Encik Gan Kim Yong untuk memimpin pasukan PAP itu yang dianggotai empat orang.

Sementara Encik Gan telah dialihkan untuk mengetuai pasukan PAP dalam GRC Punggol baru menentang Parti Pekerja (WP).

Bersama Dr Tan adalah Encik Zhulkarnain Abdul Rahim; Encik Jeffrey Siow dan Dr Choo Pei Ling.

PAP bakal menentang parti pembangkang, Parti Kemajuan Singapura (PSP), yang terdiri daripada pakar pelaburan Encik S. Nallakaruppan; peguam teknologi, Cik Wendy Low; mantan Setiausaha Agung Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF), Encik Lawrence Pek, serta pakar keselamatan dan perunding latihan, Encik A’bas Kasmani.

Permohonan para calon daripada kedua-dua parti itu untuk bertanding di GRC empat anggota itu diterima pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.

Dalam GE2025, SMC Hong Kah North telah dibubarkan, dan estet Tengah yang dahulunya sebahagian daripada SMC tersebut kini diserap ke dalam GRC Chua Chu Kang. 

Ini merupakan kali kedua PSP bertanding di GRC Chua Chu Kang.

Dalam GE2020, pasukan PAP meraih kemenangan dengan 58.64 peratus undi, menewaskan pasukan PSP yang memperoleh 41.36 peratus.

Pasukan PAP ketika itu terdiri daripada Encik Gan, Cik Low Yen Ling, Encik Don Wee, dan Encik Zhulkarnain, manakala barisan calon PSP, diketuai Encik Francis Yuen, merangkumi Encik Abdul Rahman Mohamad, Encik Choo Shaun Ming, dan Dr. Tan Meng Wah.

GRC Chua Chu Kang merupakan antara pencapaian terbaik PSP dalam GE2020 selepas GRC West Coast, di mana parti itu memperoleh 48.32 peratus undi, dan SMC Marymount, dengan 44.96 peratus undi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg