Topic followed successfully
Go to BHkuVivian hadir Perhimpunan Agung PBB
Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan menghadiri Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York dari 22 September hingga 27 September.
Beliau, antara lain, akan menyampaikan kenyataan negara pada 27 September dan menyertai Pertemuan Menteri Luar Kumpulan 20 (G20) kedua, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya pada 21 September.
Selain itu, Dr Balakrishnan juga akan menyampaikan kenyataan di Perbahasan Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan PBB berhubung Kecerdasan Buatan (AI) dan Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa.
Menteri Negara (Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Gan Siow Huang, turut menyertai rombongan MFA ke New York.
Antara lain, beliau akan mewakili Singapura di Persidangan Peringkat Tinggi bagi Huraian Aman Persoalan Mengenai Palestin dan Pelaksanaan Huraian Dua Negara.


