WP tolak tawaran calon Ketua Pembangkang ganti Pritam
Parti Pekerja (WP) telah menolak tawaran Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, untuk menamakan seorang Anggota Parlimen (AP) daripada parti itu sebagai calon Ketua Pembangkang.
Jawatan itu kosong selepas Encik Wong melucutkan jawatan itu daripada Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh pada 15 Januari.
Ini selepas Parlimen, pada 14 Januari, mendapati Encik Pritam yang didapati mahkamah bersalah berbohong kepada Parlimen - tidak lagi layak menggalas jawatan tersebut.
Dalam kenyataannya pada 21 Januari, WP berkata ia menganggap ketua parti pembangkang terbesar di Parlimen sebagai ketua pembangkang.
“Dengan itu, Parti Pekerja telah menyampaikan kepada Perdana Menteri bahawa kami tidak akan menamakan sebagai calon seorang lagi anggota WP di Parlimen untuk menggalas jawatan Ketua Pembangkang,” kata WP.

