Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polo air ditawar kepada pelajar menengah sekolah berbeza

Nov 8, 2022 | 5:30 AM
POLO AIR DITAWARKAN UNTUK SP-CCA: Program SP-CCA telah diperluaskan untuk merangkumi aktiviti berpasukan seperti polo air. - Foto fail
POLO AIR DITAWARKAN UNTUK SP-CCA: Program SP-CCA telah diperluaskan untuk merangkumi aktiviti berpasukan seperti polo air. - Foto fail -

SATU program yang membolehkan para pelajar sekolah menengah daripada sekolah berlainan berkumpul untuk program sukan dan seni telah diperluaskan untuk merangkumi polo air.

Pihak Menteri Pendidikan (MOE) akan memantau CCA Kerjasama Strategik (SP-CCA) dan mempertimbangkannya bagi memperluaskan ke peringkat dan bidang lain dalam sukan dan seni, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang di parlimen semalam.

"Bermula dengan olahraga dan tarian etnik pada tahun 2019, program ini terpaksa direka bentuk semula sebagai program hibrid semasa pandemik Covid-19 untuk mengurangkan interaksi antara sekolah.

"Menyambungkan semula secara bersemuka bagi aktiviti-aktiviti pada tahun ini, program ini juga telah diperluaskan untuk merangkumi aktiviti berpasukan baru iaitu polo air," kata beliau.

SP-CCA ialah satu program dengan kerjasama antara MOE, Sport Singapore (SportSG) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) yang bolehkan para pelajar menengah untuk menerokai minat mereka dalam sukan dan seni di luar apa yang ditawarkan di sekolah-sekolah mereka.

Cik Gan memberi respons itu kepada soalan yang ditanya oleh Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Mark Chay yang meminta maklumat terkini mengenai program SP-CCA dan sama ada program itu akan diperluaskan kepada lebih banyak aktiviti sukan dan seni serta ke sekolah-sekolah rendah.

Menurut Cik Gan, SP-CCA telah ditawarkan kepada pelajar menengah yang lebih tua kerana mereka boleh berlatih di tempat lain di luar sekolah.

Encik Chay juga menanyakan bagaimana MOE mempertimbangkan CCA untuk menyertai program SP-CCA dan jika adanya pertimbangan bagi sukan yang berprestasi tinggi untuk perwakilan nasional yang strategik seperti menyelam dan gimnastik.

Cik Gan menyatakan bahawa SP-CCA ingin memperluaskan kepada lebih banyak lagi kegiatan sukan dan seni untuk membolehkan para pelajar dengan bakat yang berbeza dapat berkembang dan meningkatkan bakat mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg