Sebuah pondok swab bergerak telah dilancar untuk menguji pekerja asing di dormitori bagi Covid-19, menjadikan proses itu lebih selamat bagi pekerja jagaan kesihatan.
Stesen swab bergerak (MSS) itu menyepadukan sistem yang dibangun oleh Hospital Besar Singapura bernama SG Safe dengan ambulans Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Pekerja asing boleh menjalani ujian swab dari luar ambulans. Keadaan tanpa kuman dalam ambulans itu bermakna pekerja yang melakukan ujian tidak perlu memakai peralatan perlidungan lengkah seperti gaun, jaring rambut dan pelindung mata.
Pekerja jagaan kesihatan hanya perlu memasukkan tangannya dalam sarung tangan yang dilekatkan ke panel kaca. Beliau kemudian boleh mengambil contoh yang diperlukan dari hidung pekerja asing.
Projek yang diusahakan bersama oleh Agensi Sains Pertahanan dan Teknologi (DSTA), SAF dan ST Engineering dijangka membantu dalam menguji 323,000 pekerja asing di dormitori. Buat masa ini, sekitar 10 peratus pekerja ini, atau 32,000 pekerja telah diuji.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg