Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Portret rasmi Presiden Halimah dan suami siap untuk diambil

Nov 2, 2017 | 4:01 PM
-

POTRET rasmi Presiden Halimah Yacob dan suaminya Mohamad Abdullah Alhabshee kini boleh diambil untuk digantung di tempat awam seperti sekolah dan bangunan pemerintah.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden, pertubuhan yang memerlukan potret boleh mengi borang permohanan di www.istana.gov.sg/the-president/portrait.

Apabila diluluskan, pertubuhan boleh mengambil potret mulai esok hingga 31 Januari 2018 di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), yang terletak di 140 Hill Street.

Tiada kos dikenakan bagi potret tidak berbingkai yang disediakan itu.

Laman web Istana berkata potret itu perlu diletakkan secara berpasangan, dengan potret Puan Halimah di bahagian kiri.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg