Pos FB budak 3 tahun maut kerana Covid-19 palsu: MOH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pos FB budak 3 tahun maut kerana Covid-19 palsu: MOH

Aug 15, 2021 | 5:30 AM

Pos FB budak 3 tahun maut kerana Covid-19 palsu: MOH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
d553cc29-d1cf-4b18-b85a-a2525dca0a69
-

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) semalam mengatakan adalah tidak benar satu pos Facebook yang tular dalam talian, yang mengatakan seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).

Pos palsu itu, yang dipercayai dibuat oleh seorang pengguna bernama Eileen Loh, juga berkata bahawa kematian kanak-kanak itu sengaja tidak dilaporkan.

MOH berkata semalam:

"Ini tidak benar dan adalah satu pemalsuan.

"Hingga 14 Ogos, tidak ada kes kematian kanak-kanak disebabkan Covid-19 di KKH."

Dalam catatan Facebooknya itu, MOH menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin dan maklumat palsu.

Pos palsu itu mendakwa kononnya kanak-kanak tersebut dimasukkan ke KKH pada 8 Ogos kerana mengalami demam tinggi dan kemudian disahkan dijangkiti Covid-19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg