Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PPIS bentang saranan bagi Kertas Putih tentang Semakan Isu Wanita

Jul 31, 2021 | 4:23 PM
Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalak majikan melaksanakan amalan dan dasar mesra keluarga dit tempat kerja, menurut antara tujuh saranan bagi semakan mengenai isu wanita oleh PPIS.
Lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalak majikan melaksanakan amalan dan dasar mesra keluarga dit tempat kerja, menurut antara tujuh saranan bagi semakan mengenai isu wanita oleh PPIS. - ST FILE

Lebih banyak dorongan mahupun insentif pemerintah diperlukan bagi menggalak majikan agar melaksanakan amalan mesra keluarga bagi menyokong wanita dalam sektor awam dan privet.

Usaha bimbingan wanita oleh wanita juga perlu dipergiat dan boleh dianjurkan menerusi kumpulan bantu diri masyarakat.

Ini adalah antara tujuh usulan yang dibentangkan oleh Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), bagi usaha semakan nasional, Kertas Putih mengenai Semakan Isu-isu wanita, dalam satu kenyataan pada Sabtu (31 Julai).

Menurut PPIS, saranan berkenaan merupakan hasil daripada perbincangan berstruktur mengenai pembangunan wanita yang dianjurkan PPIS pada Disember tahun lalu.

Seramai 42 pemimpin dan anggota masyarakat daripada pelbagai latar belakang, termasuk kaum Adam, telah menyertainya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg