PPIS Vista Sakinah akan kendali kajian keluarga tiri lebihi 10 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PPIS Vista Sakinah akan kendali kajian keluarga tiri lebihi 10 tahun

Jan 24, 2021 | 5:30 AM

PPIS Vista Sakinah akan kendali kajian keluarga tiri lebihi 10 tahun

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
BINA DAYA TAHAN: Pusat perkhidmatan bagi kel`uarga tiri, PPIS Vista Sakinah, menyambut ulang tahun ke-10 secara dalam talian semalam bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli (dua dari kanan dan tiga dari atas) dan presiden PPIS Cik Hazlina Abdul Halim (kiri, tiga dari atas). - Foto PPIS
BINA DAYA TAHAN: Pusat perkhidmatan bagi kel`uarga tiri, PPIS Vista Sakinah, menyambut ulang tahun ke-10 secara dalam talian semalam bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli (dua dari kanan dan tiga dari atas) dan presiden PPIS Cik Hazlina Abdul Halim (kiri, tiga dari atas). - Foto PPIS -

KAJIAN baru terhadap keluarga tiri yang berjaya mengekalkan rumah tangga sepanjang lebih 10 tahun akan dilaksanakan pusat sokongan khusus bagi keluarga tiri di Singapura, PPIS Vista Sakinah.

Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.

Beliau berkata, kajian itu bertujuan mencari faktor yang dapat membina sifat berdaya tahan dalam keluarga tiri di Singapura.

Dengan kajian tersebut, Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam berkata:

"Ia akan memperluaskan lagi, perkhidmatan yang ditawar Vista Sakinah berdasarkan bukti."

Dalam kenyataannya Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) yang mengendalikan Vista Sakinah berkata ia berharap kajian itu dapat mempertingkat kebolehpercayaannya sedang pusat itu terus menawarkan khidmatnya sambil mempelajari secara langsung daripada masyarakat.

Pusat perkhidmatan keluarga tiri itu menyambut ulang tahunnya yang ke-10 semalam.

Mengimbas kembali tentang perjalanan Vista Sakinah, presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim berkata seramai 14,000 individu telah meraih manfaat daripada program dan perkhidmatan Vista Sakinah, termasuk lebih 2,500 pasangan yang telah menyertai program persiapan kehidupan berkeluarga semula - Program Memupuk Kasih - sejak sedekad lalu.

Menyusuli ulang tahun itu yang bertema Memaparkan Daya Tahan, Encik Masagos memaklumkan dalam ucapannya bahawa beliau sedar akan cabaran dihadapi golongan ibu bapa keluarga tiri, sambil menekankan betapa pentingnya sokongan diberi kepada keluarga sedemikian.

"Keluarga merupakan benteng sokongan pertama kita... Memandangkan keluarga tiri berhadapan dengan pelbagai keunikan dan kerumitan, adalah penting bagi kita memberi sokongan, membangunkan daya tahan dan mencari huraian yang sesuai untuk menghadapi cabaran.

"Dalam usaha membina keluarga yang utuh, mereka perlu menyatupadukan pelbagai pihak yang berbeza budaya kekeluargaan mereka untuk memupuk identiti keluarga baru yang tersendiri.

"Hakikatnya, ramai keluarga sedemikian menghadapi pelbagai rintangan. Maka saya rasa kagum mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang menyentuh hati," ujar Encik Masagos lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg