Premium
Pramugara 'cari makan' dalam bidang lain...
Syarikat penerbangan antarabangsa diramalkan akan kerugian lebih AS$84 bilion ($116 bilion) tahun ini akibat koronavirus Covid-19 yang telah menjejas teruk perjalanan udara, menurut Penguasa Pengangkutan Udara Antarabangsa (Iata) awal minggu ini. BERITA HARIAN mengupas kesannya kepada syarikat penerbangan di rantau ini, serta pekerja dalam sektor tersebut.
Jun 12, 2020 | 5:30 AM
BERANEKA HIDANGAN: Antara makanan yang beliau menjual di NakedcooksSG termasuk hidangan seperti Nasi Mandi dan pencuci mulut seperti Sea salt caramel pods. - Foto ihsan AHMAD HOSNI MD HANAPI -
WALAUPUN banyak penerbangan dibatalkan sejak 10 Mac akibat wabak Covid-19, pramugara Jetstar Asia, Encik Ahmad Hosni Md Hanapi kini menggunakan masa lapangnya untuk mengejar impian untuk memasak makanan kegemarannya untuk orang lain.
Semasa tempoh yang mencabar ini, Encik Hosni menyatakan bahawa beliau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga diberitahu kelak dan terpaksa mencari alternatif yang lain demi mendapatkan sumber pendapatan baru.

