Topik diikuti
Pergi ke BHkuPramugari ubah kerjaya, sokong sektor kesihatan
Aug 18, 2020 | 5:30 AM
Pramugari ubah kerjaya, sokong sektor kesihatan
SEBELUM wabak Covid-19 melanda, tugas Cik Hanim Zainuddin sebagai pramugari Singapore Airlines membawanya ke pelbagai pelosok dunia sambil memberi layanan bertaraf dunia kepada penumpang. Namun wabak itu menjejas kerjayanya.
Enggan berpeluk tubuh, beliau terpanggil memanfaatkan kepakarannya dalam bidang pelayanan dan kini menjalankan tugas bukan klinikal di sebuah hospital. Usahanya itu sekali gus membantu meringankan beban pekerja barisan depan yang bertarung dengan Covid-19.