Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Premis F&B halal di S’pura terus bertambah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Premis F&B halal di S’pura terus bertambah

Sebanyak 4,938 premis F&B disahkan halal pada 2022 berbanding 4,038 premis halal pada 2021
Jan 01, 2024 | 05:32 AM



Jumlah premis makanan dan minuman (F&B) yang disahkan halal terus berkembang saban tahun dan trend ini diperhatikan sejak 2000.

Kecuali pada 2020, perangkaan itu bagi tempoh 2018 hingga 2022 menyaksikan peningkatan setiap tahun secara purata, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) kepada Berita Harian (BH).


Perangkaan terkini yang dikongsi Muis mendedahkan terdapat 4,938 premis F&B disahkan halal pada 2022, meningkat daripada 4,038 premis halal pada 2021.

Pada 2018 pula, jumlahnya adalah 4,630 sebelum ia merosot pada 2019.

Pada 2020, bilangan premis F&B yang mendapat sijil halal menjunam akibat pandemik Covid-19 – iaitu 3,260 berbanding 4,385 pada 2019.

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) turut berkongsi pemerhatian serupa, dengan permintaan bagi Sijil Perniagaan Milik Muslim (MOE) DPPMS meningkat sepanjang tempoh lima tahun (2018 hingga 2022).

Diperkenalkan pada 2018, sijil tersebut diberikan kepada pemilik perniagaan F&B yang memegang sijil Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (Acra) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) yang sah serta dimiliki sepertiga pemegang saham beragama Islam.

Menurut jurucakap DPPMS, peningkatan sedemikian adalah atas beberapa faktor, antaranya kesedaran peniaga terhadap pasaran halal dan bertambahnya jumlah peniaga Melayu/Islam yang menceburi bidang F&B.

“Pertama, perniagaan semakin menyedari pertumbuhan yang ketara dalam pasaran halal dan berminat untuk memenuhi cita rasa pelanggan yang pelbagai.

“Di samping itu, terdapat peningkatan ketara dalam bilangan usahawan muda Melayu/Islam yang menceburi bidang perniagaan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan permintaan pensijilan halal,” jelas DPPMS.

Ia memberi penekanan bahawa sijil MOE pertubuhan itu bukanlah untuk bersaing dengan pensijilan halal yang dikeluarkan Muis tetapi “adalah sebagai langkah sokongan”.

Tambahnya, sijil MOE bertindak sebagai persiapan – khususnya bagi perusahaan berskala lebih kecil yang menyasarkan pelanggan Muslim – yang ingin mencapai pensijilan halal Muis kerana keperluan ketat yang harus dipenuhi.

DPPMS berkata: “Peralihan kepada pensijilan halal membawa implikasi ketara kepada pengendali F&B milik Muslim.

“Langkah strategik ini bukan sahaja memenuhi keutamaan pelanggan yang disasarkan malah membuka pintu peluang kepada pasaran lebih luas.

“Ia meningkatkan keterserlahan di pasaran, menanam kepercayaan kepada pengguna dan meletakkan pengendali sedemikian untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk dan perkhidmatan halal.”


Sentimen serupa turut dikongsi pengendali F&B bukan Muslim yang memperoleh atau beralih kepada pensijilan halal.

Rata-rata, pengendali sedemikian yang dihubungi BH berkongsi bahawa peralihan kepada sijil halal didorong matlamat untuk menjangkau jenis pelanggan lebih luas di samping melihat impak positif kepada perniagaan mereka.


Jurucakap Tenderfresh Group – yang mengendali operasi F&B mesra Muslim seperti Tenderbest, Kedai Kopi dan Amigo’s, antara lain – berkata ia telah memacak kedudukan ketara dalam pasaran makanan halal di sini sejak meraih sijil halal pada 1990-an melalui gerai menjual ayam goreng Tenderfresh.

“Kami kekal komited untuk berkhidmat kepada semua pelanggan kami secara umum, baik pengguna halal dan bukan halal dan sentiasa mereka semula sajian yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan dan cita rasa pelanggan yang kian berubah,” kata jurucakap itu.

Hal serupa juga dikongsi Pengarah Eksekutif Fei Siong Group, Encik Tan Kim Leng.

Syarikat itu mengendalikan atrium makanan mesra Muslim, Encik Tan, yang diiktiraf halal pada 2014, dan gerai Sedap Noodle di kedai kopi Clementi Central yang diiktiraf halal pada 2012.

Beliau menjelaskan memandangkan teras perniagaan Fei Siong Group adalah hidangan makanan penjaja asli, adalah lebih baik untuk memperluaskan rangkaian pelanggan kepada masyarakat Islam di sini dan sejak itu telah melihat perniagaannya meningkat 30 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >