Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Astaf kunjung hormat Zahid

Dec 21, 2022 | 5:30 AM
Foto ihsan ABDUL HALIM KADER
Foto ihsan ABDUL HALIM KADER -

PRESIDEN Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) merangkap Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Encik Abdul Halim Kader (kanan), melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Dalam pertemuan selama 90 minit itu, Datuk Dr Ahmad Zahid antara lain mengucapkan tahniah kepada Encik Halim atas jawatan barunya sebagai ahli jawatankuasa Perikatan Ahli Sukan Bebas Yang Diiktiraf (AIMS).

AIMS bertujuan mengukuhkan sukan individu, menggabungkan kepakaran, berkongsi pengetahuan dan mengekalkan kerjasama erat dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), supaya sukan individu itu mencapai pengiktirafan rasmi daripada IOC.

Kunjungan Encik Halim atas dasar hubungan lama beliau dengan Datuk Dr Ahmad Zahid sejak 1996.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg